Pembayaran & Penghantaran

Kami menawarkan 2 cara pembayaran iaitu dengan menggunakan SenangPay ataupun bank-in secara manual ke akaun bank kami.

SenangPay menyokong semua bank utama di Malaysia seperti : Maybank, CIMB, RHB Bank, PublicBank, AmBank, Bank Islam, Hong Leong Bank dan UOB. Tiada sebarang caj & GST dikenakan. Hanya bayar harga produk sahaja.

APA ITU SENANGPAY ? - SenangPay adalah platform pembayaran online no#1 di Malaysia. Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke bank untuk membuat pembayaran. Hanya perlukan laptop/handphone dan internet. Tapi pastikan anda mempunyai kad ATM / kad Kredit ataupun akaun perbankan online seperti Maybank2u/CimbClicks.

Jika anda tidak mempunyai akaun perbankan online, tetapi mempunyai kad ATM yang ada logo Visa atau Mastercard, anda juga boleh membayar di SenangPay. Sangat mudah kan ?

Tutorial Pembayaran Menggunakan Kad ATM / Kad Debit / Kad Kredit

Langkah 1 - Isikan maklumat diri & alamat. Pastikan semua maklumat betul
Langkah 2 - Masukkan no kad (biasanya 16 angka), tarikh luput dan 3 angka sekuriti CVV